RESEPI HOMEMADE ROTI CANAI
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Marjerin
Cara-cara:
1. Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air. Kacau hingga semua bahan larut.
2. Masukkan tepung dan uli hingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal. Sambil uli sambil zikir.. bole?
3. Bentukkan bulat-bulat anggaran sebesar genggaman. Sapukan marjerin dan perapkan semalaman. Kerana masa semua orang tengah tidur, tepung dan marjerin sedang bermesra dan bersuka ria. Jadi esok mereka akan lebih sebati.
rupanya gini
4. Tebarkan seperti anda memang seorang yang pro yang dah bekerja di restoran mamak selama 7 tahun. Boleh juga tebarkan macam tebar kain cotton jepun yang orang jual kat pejabat yang dalam hati rasa nak beli tapi tak beli.. Atau leper-leperkan dalam dulang yang lebar, tarikkan hujung ke hujung adunan tepung ke tepi dulang.. <— haaa den buat cara ni..
Lipat atau tarik memanjang dan pintalkan. (macam susah nak bagi penerangan part ni.. senang citer sebelum nak buat pegi kedai mamak berdiri je tepi macha tu.. tengok dia buat cam mana.. elmu tu!….)
5. Goreng dengan api perlahan dalam kuali leper. Balik-balikkan dan sapu sedikit marjerin semasa proses mengoreng.
6. Tepuk atau hempuk roti yang telah dimasak untuk lebih sedap dan tekstur roti yang lebih lembut.
tadaaaa nilah hasilnya… practice make perfect.. perlu perbaiki lagi.. inshaAllah..
*den buat kari daging and sambal tumis ikan bilis je tuk cecah..
********************************
KALAU DAH PANDAI BUAT ROTI CANAI… NAK BUAT YANG FROZEN TAK LAH SUSUH… TAPI NAK KENA TAHU CARANYA BARU LAH MENJADI..
CARANYA IALAH BAKAR/GORENG ROTI CANAI TERSEBUT SEPARUH MASAK @ GORENG JANGANLAH SAMPAI NAMPAK KEKUNINGANNYA @ GORENG UNTUK MATIKAN TEPUNG NYA SAHAJA… SEJUKAN SETELAH DIGORENG… KEMUDIAN BUNGKUS DALAM PLASTIK MASUKKAN KETEMPAT FROZEN… SIAP…
SELAMAT MENCUBA 




