Saturday, January 31, 2015

Nasi Lemak

Resepi Nasi Nemak




Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi lemak dan cara memasak nasi lemak sehingga siap untuk dimakan. Resepi nasi lemak dan cara membuat nasi lemak. Selamat mencuba!

Bahan- bahan untuk membuat nasi lemak (untuk 4 orang):

Bahan A (untuk nasi)

3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam


Bahan B (untuk sambal)

1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili giling
Sedikit asam jawa
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
¾ gula melaka
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis



Cara-cara masakan Nasi Lemak :


Cara masak nasi lemak:-

1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.



Cara membuat sambal nasi lemak :-

1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.


* Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.


Selamat mencuba cara membuat nasi lemak.



Monday, January 26, 2015

Resepi Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum.

Hari ini saya rasa nak kongsikan cara masakan 'Pisang Goreng Cheese' sebab sejak kebelakangan ini ramai yang suka makan kan. termasuklah saya. hahaha

Bahan yang di perlukan :

1) PISANG
2) CHEESE

Cara masakan :

1) panaskan kuali, lepas dah panas.
2) letak pisang yang setelah dipotong.
3) lepas dah goreng pisang, letak kan dekat pinggan
4) lepas itu, potong cheese kecil-kecil, dan letakan diatas goreng pisang itu tadi.
5) siap.

Tip :
1) lepas goreng pisang, tapis pisang dengan tisu plastik untuk kurangkan minyak yang berada dipisang.
2) nak lagi sedap, lepas tapis pakai tisu, letak pisang dekat pisang, lepas tu letak coklat dekat atas pisang.


Wednesday, January 21, 2015

Asam Pedas Melaka

Hari ini saya akan kongsikan cara masakan Asam pedas melaka. Asam pedas melaka lebih banyak rempah ratus berbanding asam pedas di negeri lain.



BAHAN-BAHANNYA :-
1 ekor ikan tebal pipi (kurang leboh 500 gram beratnya)
12 batang bendi muda
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optinal)
1 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada hitam biji
Secubit belacan, dibakar

BAHAN-BAHAN TUMIS :-
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit pangkal dan hujungnya (che mat guna bendi kontot, jadi tak perlu dipotong dua). Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih. masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Selamat Mencuba. ^_^

Monday, January 19, 2015

RESEPI CUPCAKE

Assalamualaikum.

Tajuk :   Food / Cooking / Recipe ' RESEPI CUPCAKE' 


Hari ini saya akan kongsikan resepi masakan dan cara masakan cupcake dengan cara yang mudah dan senang untuk dilakukan dan yang penting sedap. hehe




 Muffin Chocolate Amar Zainal


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :-



Bahan-Bahan:
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan coklat cip
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar nutella
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/3 cawan kacang hazelnut
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung atau mazola

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
  3. Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila dan minyak jagung. Kacau sebati.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
  5. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
  6. Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
  7. Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.

Selamat mencuba. ^_^