Sunday, March 8, 2015

RESEPI KEROPOK LEKOR



Berikut adalah resepi homemade keropok lekor yang mudah untuk di ikut dalam sukatan kecil.



Bahan-bahan:


1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.

1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu

2 sudu makan tepung gandum 

Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)


Cara-cara:


1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang.  


5. Rebus doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak 9 timbul ke pemukaan air rebusan ). angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.

*keropok lekor yang sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.

Selamat Mencuba.

Tuesday, March 3, 2015

RESEPI NASI GORENG IKAN BILIS



Bahan bahan:

1 mangkuk besar nasi putih
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Segenggam ikan bilis - tumbuk seketika jer
2 biji telur
Sayur kubis/kacang panjang
Garam

Cara cara:

Tumbuk bawang bawang dan masukkan cili kisar. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.

Kemudian, masukkan pula ikan bilis yang ditumbuk kasar sehingga agak masak, masukkan sayuran. Kacau seketika.

Masukkan pula telur dan kacau rata sehingga telur hampir masak, terus tuangkan nasi. Kacau sehingga rata dan taburkan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba. 

Saturday, February 14, 2015

RESEPI ROTI CANAI


RESEPI HOMEMADE ROTI CANAI

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Marjerin


Cara-cara:
1. Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air. Kacau hingga semua bahan larut.

2. Masukkan tepung dan uli hingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal. Sambil uli sambil zikir.. bole?

3. Bentukkan bulat-bulat anggaran sebesar genggaman. Sapukan marjerin dan perapkan semalaman. Kerana masa semua orang tengah tidur, tepung dan marjerin sedang bermesra dan bersuka ria. Jadi esok mereka akan lebih sebati.
rupanya gini
4. Tebarkan seperti anda memang seorang yang pro yang dah bekerja di restoran mamak selama 7 tahun. Boleh juga tebarkan macam tebar kain cotton jepun yang orang jual kat pejabat yang dalam hati rasa nak beli tapi tak beli.. Atau leper-leperkan dalam dulang yang lebar, tarikkan hujung ke hujung adunan tepung ke tepi dulang.. <— haaa den buat cara ni..
Lipat atau tarik memanjang dan pintalkan. (macam susah nak bagi penerangan part ni.. senang citer sebelum nak buat pegi kedai mamak berdiri je tepi macha tu.. tengok dia buat cam mana.. elmu tu!….)

5. Goreng dengan api perlahan dalam kuali leper. Balik-balikkan dan sapu sedikit marjerin semasa proses mengoreng.

6. Tepuk atau hempuk roti yang telah dimasak untuk lebih sedap dan tekstur roti yang lebih lembut.



tadaaaa nilah hasilnya… practice make perfect.. perlu perbaiki lagi.. inshaAllah..
*den buat kari daging and sambal tumis ikan bilis je tuk cecah..
********************************
KALAU DAH PANDAI BUAT ROTI CANAI… NAK BUAT YANG FROZEN TAK LAH SUSUH… TAPI NAK KENA TAHU CARANYA BARU LAH MENJADI..


CARANYA IALAH BAKAR/GORENG ROTI CANAI TERSEBUT SEPARUH MASAK @ GORENG JANGANLAH SAMPAI NAMPAK KEKUNINGANNYA @ GORENG UNTUK MATIKAN TEPUNG NYA SAHAJA… SEJUKAN SETELAH DIGORENG… KEMUDIAN BUNGKUS DALAM PLASTIK MASUKKAN KETEMPAT FROZEN… SIAP…


SELAMAT MENCUBA ;)


Friday, February 6, 2015

RESEPI KEK LAPIS SARAWAK


Asal-usul Kek Lapis Sarawak.



Tetapi sebelum itu Amar ingin menceritakan sedikit sejarah asal-usul kek lapis sarawak ini.

Kek Lapis Sarawak adalah kek lapis, secara tradisinya dihidangkan di Sarawak dan Malaysia pada majlis-majlis khas

  • Dalam bahasa Malaysia, mereka dikenali sebagai kek lapis sarawak, kek lapis moden sarawak, kek sarawak atau kek lapis.
  • Kek Lapis Sarawak sering dibakar untuk perayaan agama atau budaya seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis-majlis perkahwinan. 
  • Kek Lapis Moden Sarawak telah diperkenalkan kepada rakyat Sarawak dari Indonesia secara rasmi sekitar tahun 1988. Versi Indonesia telah diketahui sejak zaman penjajahan Belanda.
  • Jenis yang paling terkenal adalah Lapis Legit dan Lapis Surabaya (tetapi asal-usulnya masih dalam perdebatan lagi.
 
Okey. Mari kita teruskan dengan cara membuat Kek Lapis Sarawak ini.

 

Cara Buat Kek Lapis Sarawak 



Bahan-bahan untuk  81/2 x 8/12 inci
BAHAN A (dalam kek)

5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet


BAHAN B (dalam kek)

200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat

BAHAN UNTUK BAHAGIAN LUAR KEK..

300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair



  
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT DI DALAM KEK
 
1. Pukul Bahan B hingga sebati.

2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke 2 masukkan pewarna merah dan bahagian ke 3 masukkan pewarna kuning.

4. Bakar bahagian pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bahagian ke 2 dan seterusnya bahagian ke 3. Buat 3 lapisan.

5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potong kek tersebut berbentuk memanjang. 

6. Kemudian potong kepada bentuk segitia kecil-kecil atau segiempat sama. Biarkan dulu. 


CARA UNTUK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK



1. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata dan sebati.

2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.

3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan-adunan habis.


GUNA ACUAN UNTUK 81/2 x 81/2 inci yer...


Tadaa!!! siap hidangkan. Selamat Mencuba. 


Saturday, January 31, 2015

Nasi Lemak

Resepi Nasi Nemak




Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi lemak dan cara memasak nasi lemak sehingga siap untuk dimakan. Resepi nasi lemak dan cara membuat nasi lemak. Selamat mencuba!

Bahan- bahan untuk membuat nasi lemak (untuk 4 orang):

Bahan A (untuk nasi)

3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam


Bahan B (untuk sambal)

1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili giling
Sedikit asam jawa
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
¾ gula melaka
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis



Cara-cara masakan Nasi Lemak :


Cara masak nasi lemak:-

1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.



Cara membuat sambal nasi lemak :-

1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.


* Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.


Selamat mencuba cara membuat nasi lemak.



Monday, January 26, 2015

Resepi Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum.

Hari ini saya rasa nak kongsikan cara masakan 'Pisang Goreng Cheese' sebab sejak kebelakangan ini ramai yang suka makan kan. termasuklah saya. hahaha

Bahan yang di perlukan :

1) PISANG
2) CHEESE

Cara masakan :

1) panaskan kuali, lepas dah panas.
2) letak pisang yang setelah dipotong.
3) lepas dah goreng pisang, letak kan dekat pinggan
4) lepas itu, potong cheese kecil-kecil, dan letakan diatas goreng pisang itu tadi.
5) siap.

Tip :
1) lepas goreng pisang, tapis pisang dengan tisu plastik untuk kurangkan minyak yang berada dipisang.
2) nak lagi sedap, lepas tapis pakai tisu, letak pisang dekat pisang, lepas tu letak coklat dekat atas pisang.


Wednesday, January 21, 2015

Asam Pedas Melaka

Hari ini saya akan kongsikan cara masakan Asam pedas melaka. Asam pedas melaka lebih banyak rempah ratus berbanding asam pedas di negeri lain.



BAHAN-BAHANNYA :-
1 ekor ikan tebal pipi (kurang leboh 500 gram beratnya)
12 batang bendi muda
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optinal)
1 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada hitam biji
Secubit belacan, dibakar

BAHAN-BAHAN TUMIS :-
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit pangkal dan hujungnya (che mat guna bendi kontot, jadi tak perlu dipotong dua). Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih. masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Selamat Mencuba. ^_^